Nuffnang

Wednesday 3 April 2013

Kunci Komputer Anda Menggunakan Pattern Lock Seperti Android

Ramai disini mengunci komputer/PC mereka tetapi apabila anda terlupa akan kata laluan yang digunakan memang merumitkan lagi keadaan. Ada yang mengambil langkah mengunci komputer mereka menggunakan kata laluan yang sama akan dengan alamat emel, akaun sosial, dan pelbagai lagi. Hari ini aku ingin memperkenalkan cara baru untuk anda mengunci komputer dengan menggunakan aplikasi Eusing Maze Lock. Ianya adalah satu aplikasi keselamatan yang memerlukan anda melakar corak seperti Pattern Lock yang terdapat pada peranti Android untuk membuka kunci/mendapatkan akses pada komputer.

maze-lock-4


Aplikasi ini akan dijalankan pada system tray dan akan mengunci komputer anda secara automatik seperti yang terdapat pada tetapan pada Android. Ianya berguna apabila anda terlupa mengunci komputer anda secara manual. Kekunci pintasan juga boleh digunakan jika anda tidak mahu mengunci komputer dari bahagian menu yang boleh diakses dari ikon di system tray.

maze-lock-5

Antara kekunci pintasan yang boleh digunakan adalah seperti Win + A untuk mengunci komputer dan Win + C untuk akses ke bahagian tetapan.

maze-lock-1

Untuk melakukan pengubahsuaian, anda hanya perlu menggunakan kekunci pintasan sahaja. Antara pengubahsuaian yang boleh dilakukan adalah seperti menetapkan grid untuk pattern tersebut (3 x 3, 4 x 4, or 5 x 5). Melakukan salinan terhadap corak yang telah dilakarkan juga disediakan serta anda boleh menggunakan latar belakang sendiri atau mahukannya ia transparent.

maze-lock-3

Aplikasi Eusing Maze Lock ini menyokong sistem operasi Windows XP, Windows Vista, Windows 7 dan Windows 8.
Eusing Maze Lock ini adalah satu aplikasi ringkas dan ringan untuk melindungi komputer anda dari sebarang akses tanpa kebenaran, dan terutamanya ianya adalah aplikasi percuma.

Muat Turun aplikasi Eusing Maze Lock

No comments:

Post a Comment