Nuffnang

Wednesday 3 April 2013

AirDroid 2 – Penambahan Fungsi Anti-Theft, Remote Camera & Remote Connection

Proses pemindahan fail dan sebagainya dari komputer ke peranti atau sebaliknya sebelum ini hanya boleh dilakukan melalui kabel yang disertakan atau pun aplikasi khas. Bagi menggunakan aplikasi khas, peranti dan komputer perlulah disambungkan ke satu jaringan yang sama melalui wireless. Maka dengan itu, satu aplikasi ringkas dan mudah dibangunkan dan dikenali sebagai AirDroid.
Pada versi pertama AirDroid, ian menggunakan sokongan WiFi untuk menghubungkan peranti kepada komputer. Dan pada bulan Disember tahun lepas, pembangun aplikasi ini mengumumkan a versi terkini AirDroid yang hanya boleh dimuat turun secara jemputan sebelum ianya dilepaskan kepada umum. Pada AirDroid 2 ianya didatangi dengan penambahan fungsi-fungsi baru seperti ‘Remote Connection Mode’ yang membenarkan pengguna mengakses data didalam peranti menggunakan sambungan internet dan memudahkan kepada mereka yang tidak mempunyai sambungan WiFi. Selain dari itu, ianya juga membawakan akses remote kamera dan fungsi Anti-Theft.

    

Paparan Skrin AirDroid 2

Paparan AirDroid 2 Pada Peranti Android


 airdroid-phone

Paparan AirDroid 2 Pada Pelayar Web


Muat Turun AirDroid


No comments:

Post a Comment