Nuffnang

Wednesday 3 April 2013

Aplikasi WeChat Kini Dilancarkan Untuk Peranti BlackBerry

Aplikasi WeChat adalah salah satu dari aplikasi mesej sosial percuma yang kini berkembang pesat diseluruh dunia telah mengembangkan sokongan aplikasi tersebut ke platform BlackBerry OS dari RIM. Ianya adalah salah satu aplikasi yang boleh didapati dan menyokong kesemua platform utama mudah alih seperti Android, iOS, Windows Phone dan Symbian.
Kedatangan WeChat pada platfom BlackBerry memberi satu lagi alternatif baru untuk penggunanya berhubung bersama pengguna lain walaupun mereka menggunakan platform yang berlainan. Bermula versi pertama untuk BlackBerry, WeChat ingin memastikan bahawa aplikasi itu dapat berjalan lancar dan memastikan pengguna BlackBerry satu pengalaman baru sebelum berpindah kepada memwujudkan satu aplikasi yang lengkap.

WeChat-4-BlackBerry
 WeChat 1.0 menawarkan ciri-ciri asas seperti permesejan segera iaitu membenarkan pengguna untuk menghantar dan menerima mesej pada masa sebenar. Pengguna juga boleh memilih untuk menggunakan fungsi mesej suara dengan ciri “Hold-To-Talk” – hanya lakukan sentuhan mudah untuk penyampaian mesej suara tanpa perlu menaip. Satu lagi fungsi WeChat pada pengguna BlackBerry adalah ciri Group Chat yang membolehkan anda berbual dengan sehingga 40 kawan pada satu masa. Ciri perkongsian gambar juga boleh didapati di WeChat 1.0 dan membolehkan anda mengambil gambar dan berkongsi secara langsung dengan kawan-kawan anda. Foto dari album anda juga boleh dikongsi bersama samaada melalui mesej teks, mesej suara atau berbual secara kumpulan.
“Kami sedang membina satu ekosistem yang mana WeChat adalah platform, dan bukannya hanya alat komunikasi mudah. BlackBerry masih lagi satu nama yang kuat dengan majoriti penggunanya dari golongan perniagaan. Oleh itu, WeChat yang didedikasikan ke arah penyumbang utama aplikasi bercirikan cross-platform yang boleh didapati di semua platform mudah-alih ” – Mr. Louis Song
Muat Turun Aplikasi WeChat

Muat Turun WeChat untuk iOS

Anda juga boleh mengimbas kod QR dibawah dengan telefon bimbit anda, atau membuka wechat.com pada pelayar web peranti mudah alih anda untuk memuat turun WeChat.

qrcode 
 
Tahukah Anda: WeChat juga membenarkan anda berbual bersapa rakan di komputer/PC melalui pelayar web? Caranya seperti berikut.

web-wechat

No comments:

Post a Comment