Nuffnang

Wednesday 3 April 2013

CARA MUDAH HIDDEN FILE IMAGE DAN VIDEO DI ANDROID


Saya pasti, ramai dari pengunjung blog ni terdiri daripada insan yang memiliki handphone berspesies android.  Satu perkara yang menjadikan handphone ni agak 'tak syok' adalah dari aspek privasi. Pasti korang pernah mengalami situasi yang mana gambar-gambar dan video-video yang boleh dianggap agak pribadi bagi korang dilihat oleh member-member mahupun orang lain sebab ia terloading secara automatik bila file image dan video tu disimpan kedalam sdcard handphone.

CARA EDIT FILE ANDROID


Bagi pengguna handphone java atau symbian, korang agak beruntung sebab ada banyak tools untuk edit file-file berformat tersebut. Tetapi bagi pengguna android pula, masih tak banyak software yang boleh digunakan untuk edit format apk ni. Kalau ada pun, sama ada asyik 'crash' ataupun yang takda GUI(Graphical User Interface) iaitu dalam bentuk CMD. Bagi sesiapa yang tahu pasal programming bolehlah guna tapi yang newbie macam saya ni, 'merangkak' la jawabnya.


Aplikasi WeChat Kini Dilancarkan Untuk Peranti BlackBerry

Aplikasi WeChat adalah salah satu dari aplikasi mesej sosial percuma yang kini berkembang pesat diseluruh dunia telah mengembangkan sokongan aplikasi tersebut ke platform BlackBerry OS dari RIM. Ianya adalah salah satu aplikasi yang boleh didapati dan menyokong kesemua platform utama mudah alih seperti Android, iOS, Windows Phone dan Symbian.
Kedatangan WeChat pada platfom BlackBerry memberi satu lagi alternatif baru untuk penggunanya berhubung bersama pengguna lain walaupun mereka menggunakan platform yang berlainan. Bermula versi pertama untuk BlackBerry, WeChat ingin memastikan bahawa aplikasi itu dapat berjalan lancar dan memastikan pengguna BlackBerry satu pengalaman baru sebelum berpindah kepada memwujudkan satu aplikasi yang lengkap.

WeChat-4-BlackBerry

AirDroid 2 – Penambahan Fungsi Anti-Theft, Remote Camera & Remote Connection

Proses pemindahan fail dan sebagainya dari komputer ke peranti atau sebaliknya sebelum ini hanya boleh dilakukan melalui kabel yang disertakan atau pun aplikasi khas. Bagi menggunakan aplikasi khas, peranti dan komputer perlulah disambungkan ke satu jaringan yang sama melalui wireless. Maka dengan itu, satu aplikasi ringkas dan mudah dibangunkan dan dikenali sebagai AirDroid.
Pada versi pertama AirDroid, ian menggunakan sokongan WiFi untuk menghubungkan peranti kepada komputer. Dan pada bulan Disember tahun lepas, pembangun aplikasi ini mengumumkan a versi terkini AirDroid yang hanya boleh dimuat turun secara jemputan sebelum ianya dilepaskan kepada umum. Pada AirDroid 2 ianya didatangi dengan penambahan fungsi-fungsi baru seperti ‘Remote Connection Mode’ yang membenarkan pengguna mengakses data didalam peranti menggunakan sambungan internet dan memudahkan kepada mereka yang tidak mempunyai sambungan WiFi. Selain dari itu, ianya juga membawakan akses remote kamera dan fungsi Anti-Theft.

    

Paparan Skrin AirDroid 2

Paparan AirDroid 2 Pada Peranti Android


 airdroid-phone

Paparan AirDroid 2 Pada Pelayar Web


Muat Turun AirDroid


Kunci Komputer Anda Menggunakan Pattern Lock Seperti Android

Ramai disini mengunci komputer/PC mereka tetapi apabila anda terlupa akan kata laluan yang digunakan memang merumitkan lagi keadaan. Ada yang mengambil langkah mengunci komputer mereka menggunakan kata laluan yang sama akan dengan alamat emel, akaun sosial, dan pelbagai lagi. Hari ini aku ingin memperkenalkan cara baru untuk anda mengunci komputer dengan menggunakan aplikasi Eusing Maze Lock. Ianya adalah satu aplikasi keselamatan yang memerlukan anda melakar corak seperti Pattern Lock yang terdapat pada peranti Android untuk membuka kunci/mendapatkan akses pada komputer.

maze-lock-4

Tuesday 5 February 2013

KAMI-BLOGGER-UTAGHA





Salam semua,
sebab kan aku ni orang utara, so aku join la gang blogger utara ni.tujuan? Hahahaha x lain x bukan, kompom nak cari kawan..ya ka? Wakkakakkaka follower kot!! lntak p la kan, suka ati aku la nak amik kesempatan pun, x salah n dosa pun,  Ini merupakan syarat utama kalo nk join group ni. so sesapa lagi blogger dr utara meh la join k.


Aku dilahirkan ni negeri jelapang padi, nun di sempadan perak. ampa sendiri cari la no katna.



lahir ja kat kedah, pas tu aku di besaqkan di negeri


Tapi la ni aku da dok kedah balik..tu ja la skit tentang diri aku.. nk tau lebih , mai la umah.. Haahhahahah

Monday 4 February 2013

JENIS-JENIS RAM

RAM atau Random Access Memory adalah satu komponen penting didalam sistem komputer dan peranti elektronik. RAM selalunya digunakan pada komputer, tetapi ia juga boleh didapati pada pencetak (printer), telefon bimbit. RAM digolong dalam kategori volatile memory iaitu memerlukan kuasa elektrik untuk menyimpan memori. Jadi dengan itu, pendrive berada di golongan non-volatile yang bermaksud dapat menyimpan data walaupun bekalan elektrik diputuskan. Terdapat pelbagai jenis RAM yang telah dikeluarkan sekarang iaitu SDRAM, DDR SDRAM, DDR2 SDRAM dan DDR3 SDRAM. Kesemua jenis RAM ini berbeza merujuk pada kekerapan data boleh ditulis atau diakses dan oleh sebab itu, makin banyak data boleh ditulis dan diakses ia meningkatkan keupayaan atau prestasi RAM tersebut.