Nuffnang

Friday 18 January 2013

TRICK OPERA MINI DIGI ANDROID

Salam sejahtera warga pengunjung blog sekalian, harap-harap korang sihat sahaja walaupun sekarang nampaknya hujan turun tak berhenti-henti. Banyakkan berehat dan minum air untuk mengelakkan deman dan penyakit-penyakit lain.



Kalau dalam post-post sebelum ni saya banyak menjahanamkan trick-trick Celcom dan Makshit, pada post kali ni, saya terasa nak sedekah pula trick opera mini Digi untuk handset android kesayangan korang. Trick ni sebenarnya dah lama ada dan sampai sekarang masih ok lagi macam celcom. Speed pun  laju cuma saya dah tak pakai trick ni sebab area rumah takda coverage 3G..damn.





Post ni saya tujukan khas kepada newbie-newbie yang masih tertanya-tanya dan 'konfius' tentang step-step yang betul untuk buatkan handphone mereka 'bertenaga' semula(handphone mahal kalau takda internet tak guna jugak beb). Buat otai-otai, saya pasti korang buleh buat trick ni sambil korek hidung je..hehe.

Bahan-bahan bancuhan yang perlu korang ada adalah;

1)Handphone android (rasanya semua versi boleh kot)
2)Operamini5HUI. Rembat sini.

Step-step;

A) SETTING APN 
Sila pergi ke setting handphone korang dan buat APN baru. Setting APN boleh ditemui kat

Setting>Wireless & Networks>Mobile Networks>Access Point Names

Sekarang create APN baru macam gambar dibawah;


Name=letak ikut suka
APN=digiwap
Proxy=80.239.242.113
Port=80
Authentication type=(saya suggest korang pilih 'none'. Yang lain-lain pun ok jugak)
APN type=sesetengah handphone dah disediakan settingnya. Yang tu korang ambik setting 'internet'. Bagi yang takda setting, korang masukkan 'default,supl'. 


Lepas dah siap, pastikan korang 'save'kan setting tu dan tick kat setting macam image kat atas. Sepatutnya simbol G, E & H akan muncul lepas korang enable 'mobile data' kalau takda simbol-simbol tu, memang tak jalan la trick korang. Selalunya buat 'network search' dan restart handphone akan selesaikan masalah ni.

B)SETTING OPERA MINI
Trick Digi memang mudah sebab pendek je korang kena taip. Mula-mula korang download & install operamini 5HUI dan masukkan setting macam gambar dibawah.


Padam semua 'default setting' dan masukkan trick digi

Socket server 1=socket://80.239.242.50:1080/
HTTP server 1=http://80.239.242.50:1080/

yang lain-lain biarkan...pastu click 'save'.

No comments:

Post a Comment