Nuffnang

Friday 18 January 2013

TIPS JIMATKAN BATERI HANDPHONE ANDROID


Salam satu dunia kepada semua pengunjung blog KeYLeRNeTWoRK yang tak seberapa ni. Dah lama rasanya saya tak buat post baru(3 hari), maklumla terpaksa kerja. Terima kasih juga diucapkan kepada yang memberi komen dan bertanyakan itu dan ini. Saya cuba membalas setakat mana yang termampu dan kalau ada yang masih belum ada balasan tu mungkin saya terlepas pandang, sori.
Saya nak tanya, adakah anda tergolong dikalangan insan yang menggunakan handphone 'robot hijau' ataupun nama glamornya Android? jika begitu, tentu korang mempunyai masalah yang wajib dialami oleh segenap pengguna android ni iaitu masalah bateri cepat habis betul tak?




Ok, pada post kali ini saya akan tunjukkan tentang cara-cara macam mana korang boleh jimatkan bateri Handphone android korang dari 20%-50%. Tak percaya? cuba korang ikut cara-cara ni:
1)Disablekan mobile data/data traffic
Ni memang cara yang paling saya suka buat. Sebagai pengguna Internet 24/7, cara ni selalu saya gunakan. Kalau korang tak percaya, cuba tinggalkan handset korang selama 8 jam dengan 3G dan tanpa 3G pastu buat perbandingan. Saya pasti yg 3G on mesti baterinya drain banyak kan. Cara nak disable data traffic pulak, korang pergi ke;
Setting>Wireless & Networks>Mobile Network>Data traffic.
2)Off Bluetooth
Korang mesti selalu bluetooth kan? Ya la, nak kongsi video, lagu, file, gambar bogel(bro, bulan posa tak baik tau) dan sebagainya. Lepas dah habis transfer file tu, pastikan korang tutup bluetooth tu sebab ia akan sentiasa scan phone-phone lain walaupun korang tak mintak..kesannya, cepatlah habis bateri handphone tu. Cara nak off pulak, pergi ke;
Setting>Wireless & Network>Mobile Networks>Bluetooth

3)Off Wifi
Wireless Fidelity atau wifi memang syok guna, terutamanya kalau boleh rembat jiran punya line..hehe. Tapi tahukah korang yang wifi ni sebenarnya menggunakan power yang kuat untuk scan network sekitarnya? Kalau dah tau, silalah off kan wifi tu bila jiran korang dah tutup wifinya.
4)Brighness
Korang mesti selalu setkan screen handphone korang seterang-terangnya, betul tak. Ye la, nak tayang kat member2 korang betapa jelasnya screen 4.3 inci korang tu. Bertaubatlah, dan set balik kepada mode medium je..tu pn dah cukup sebenarnya. Caranya;
Setting>Sound & Display>Display Setting-Brighness> (setkan kepada medium)
5)Disable GPS
Korang ada Google Map dan Papago? Nak ke destinasi yang korang tak tau? Korang tau apa tu GPS? Kalau semua jawapan kepada soalan tu adalah 'tidak', baik korang tutup je GPS korang tu.
Setting>Location & Security>Use GPS Sattelites >(untickkan)
6)Disable Background Data
Kalau kat PC bila bukak task manager boleh la korang nampak application yang 'berjalan' di 'belakangnya'. Kat Android pun perkara ni berlaku dan lebih hebat dari handphone2 lain sebab applicationnya asyik 'mintak' nak diupdate setiap masa dan ada yang korang tak buka pun 'berjalan'  sekali contohnya Facebook dan Gmail. Cara nak disable background data tu;
Setting> Background Data> (untick)
sila 'onkan' semula klau korang nak buka application yang menggunakan internet, cth facebook & web browser.
7)Kill service
Sama juga dengan cara sebelum ni, cuma korang menggunakan 'khidmat' sofware2 tertentu untuk disable certain background service. Sofware yang saya sarankan adalah Advanced Task Killer. Bagus application ni sebab ia tak gunakan banyak memori dan korang boleh pilih service mana korang nak 'kill' dan setkan kekerapan 'membunuhnya' seperti setengah jam, sejam dsb.
8)Flight Mode
 Bagi saya ni adalah cara yang sehabis extreme. Flight mode akan disablekan semua network korang samada 3G, WIFI dan Bluetooth. Guna cara ni kalau korang malas nak setting macam2.
Sebenarnya, bermula dari Android 2.3 (Gingerbread), pengguna android dah tak perlu buat cara susah ni sebab dah disediakan shortcut, cuma slide turun je kat Home screen handphone korang, semua button ni dah ada disitu..cuma reti guna atau tak je. Saya ada kawan yg offkan terus handphone bila dia tak guna sebab nak jimat bateri katanya. Bila dipikir balik, betul jugak kata kawan saya tu..tapi sanggupkah korang buat macam tu?
Silalah komen atau 'Share' dengan member2 jika korang suka post ni.

No comments:

Post a Comment