RAM atau Random Access Memory
adalah satu komponen penting didalam sistem komputer dan peranti
elektronik. RAM selalunya digunakan pada komputer, tetapi ia juga boleh
didapati pada pencetak (printer), telefon bimbit. RAM digolong dalam
kategori volatile memory iaitu memerlukan kuasa elektrik untuk menyimpan memori. Jadi dengan itu, pendrive berada di golongan non-volatile
yang bermaksud dapat menyimpan data walaupun bekalan elektrik
diputuskan. Terdapat pelbagai jenis RAM yang telah dikeluarkan sekarang
iaitu SDRAM, DDR SDRAM, DDR2 SDRAM dan DDR3 SDRAM. Kesemua jenis RAM ini
berbeza merujuk pada kekerapan data boleh ditulis atau diakses dan oleh
sebab itu, makin banyak data boleh ditulis dan diakses ia meningkatkan
keupayaan atau prestasi RAM tersebut.
SDRAM diambil dari perkataan Single Data Rates Random Access Memory manakala DDR SDRAM pula dari perkataan Double Data Rate Synchronous Dynamic Random Access Memory.
Disebabkan itu, DDR adalah peningkatan SDRAM dan ianya membenarkan
kadar pemindahan data lebih tinggi dari kadar SDRAM.Selain dari itu, DDR
juga menggunakan voltage yang lebih rendah dan berkesan. Untuk RAM ini
juga ia terdapat pelbagai frekuensi clock. Bagi jenis SDRAM, ianya
bermula dari 66-133Mhz, diikuti dengan DDR SDRAM pada frekuensi daripada
100-200Mhz dan beroperasi pada 2.5v. Untuk DDR2 SDRAM pula boleh
didapati pada kekerapan bermula dari 200-533Mhz, beroperasi pada 1.8v
dan DDR3 SDRAM boleh didapati pada kekerapan frekuensi yang terdiri
daripada 400-1066Mhz dengan 1.6v kuasa untuk ianya beroperasi.
Disebabkan bilangan frekuensi clock ini tidak mempunyai kepadatan yang sama, ianya tidak semua papan induk (motherboard)
menyokong RAM yang mempunyai nilai kepadatan yang tinggi, tetapi
kebanyakkannya menyokong RAM berkepadatan rendah. Perbezaan antara
kepadatan rendah dan tinggi adalah pada nilai cip yang disusun. Sebagai
contoh 1GB RAM yang berkepadatan rendah dan tinggi mempunyai 8 cip 512MB
pada setiap bahagiannya dan berjumlah 16 cip keseluruhannya. Ia disusun
dalam bentuk (512MB X 16)/8 bit yang memberikan 1024MB atau 1GB. Pada
RAM berkepadatan rendah, cip disusun dengan 64M bit dengan lebar data 8
bit dan biasanya dinyatakan dengan konfigurasi 64M X 8. Tetapi untuk RAM
berkepadatan tinggi, ianya disusun dengan 128M bit dengan lebar data
sebanyak 4 bit dan menjadikannya berkonfigurasi 128M X 4.
Modul RAM adalah dalam bentuk DIMM atau dual inline memory modules. Ianya merupakan siri dari litar intergrated memory yang terdapat pada papan litar bercetak (printed circuit board;
PCD). Papan litar ini dipanggil RAM Stick/Memory Stick. Setiap RAM
modul disambung ke slot DIMM dan menggunakan beberapa pin yang berbeza
pada hujungnya. Sebagai contoh, DDR dan DDR2 SDRAM didatangkan didalam
konfigurasi 200-pin DIMM manakala DDR3 SDRAM didatangkan didalam
konfigurasi 240-pin. Untuk peranti yang lebih kecil seperti komputer
riba, ianya menggunakan modul RAM yang lebih kecil dikenali sebagai
SO-DIMM (Small Outline Dual In-line Memory Module). SO-DIMM juga mempunyai konfigurasi pin yang berbeza-beza.
Sehingga hari ini, hanya 2 jenis RAM yang mudah didapati iaitu DDR2
dan DDR3 SDRAM. Kebanyakkan komputer baru menggunakan DDR3 SDRAM. Tetapi
ada juga yang masih menggunakan DDR2. Sehingga kini, hanya papan induk
AMD dengan slot AM3 dan papan induk intel LGA 1156 atau LGA 1366 yang
menyokong DDR3 SDRAM.
Jika korang mahu memeriksa jenis RAM yang komputer korang pakai, boleh la menggunakan aplikasi CPU-Z dan pergilah ke bahagian Memory.
Muat Turun Aplikasi CPU-Z
No comments:
Post a Comment