Bagi mereka yang menggunakan telefon
pintar, pasti kadang-kadang mengalami masalah yang sama iaitu kuasa
bateri cepat berkurangan. Kini, semakin baru/terkini sesebuah telefon
pintar tersebut, makin tinggi kapasiti kuasa bateri yang ditawarkan. Ini
kerana, saiz skrin telefon pintar hari ini semakin hari semakin besar,
jadi ianya memerlukan kuasa bateri yang tinggi. Jadi bagaimana untuk
mengekalkan kuasa bateri untuk lebih lama? Dibawah adalah 10 cara yang
mampu membantu korang memanjangkan kuasa bateri telefon pintar korang.
1. Paparan Skrin
Tetapkan (Set) kadar keterangan
skrin ke aras yang rendah. Ini akan membantu melanjutkan kuasa bateri
kerana skrin menggunakan kuasa yang rendah. Janganlah korang tetapkan
kadar keterangan tue ke tahap paling minimum. Nanti tak nampak apa-apa
selain muka sendiri.
2. Memahami Jenis Skrin Yang Digunakan (LCD atau OLED)
LCD : Skrin jenis ini bergantung pada cahaya dari latar belakang (back lighting), cahaya latar (back light)
dihidupkan sepanjang masa tetapi bergantung pada kandungan di skrin
samaada hitam atau putih. Walaupun skrin tidak memaparkan apa-apa
kandungan, cahaya latar tetap dihidupkan dan ini mungkin tidak membantu
korang menjimatkan penggunaan bateri. Harap langkah berikutnya membantu
korang mengatasi masalah ini.
OLED : Semakin cerah warna yang korang gunakan pada skrin, makin cepat kuasa bateri berkurangan. Perkara yang mungkin dapat membantu adalah dengan menggunakan latar belakang yang gelap. Untuk Nokia Lumia, sila gunakan tiles yang gelap. Warna putih menggunakan kuasa di skrin OLED.
OLED : Semakin cerah warna yang korang gunakan pada skrin, makin cepat kuasa bateri berkurangan. Perkara yang mungkin dapat membantu adalah dengan menggunakan latar belakang yang gelap. Untuk Nokia Lumia, sila gunakan tiles yang gelap. Warna putih menggunakan kuasa di skrin OLED.
3. Skrin Ke Paparan Standby
Bila korang tak menggunakan skrin, sila
aktifkan paparan standby iaitu dengan mematikan paparan pada skrin.
Dicadangkan masa untuk skrin automatik ke paparan standby tidak lah
terlalu lama.
4. Sambungan (Connectivity)
Kalau korang tak guna Bluetooth, tutup
sahaja. Ini adalah perkara asas yang mungkin semua orang tahu. Mematikan
Bluetooth bukan sahaja menjimatkan kuasa bateri, tetapi melindungi dari
ancaman luar. Begitu juga dengan sambungan WiFi, sila matikan jika
tidak mahu menggunakannya. Ini kerana, ia akan terus mengimbas sambungan
WiFi yang berada dikawasan berdekatan.
5. Aplikasi
Mesti didalam telefon korang mempunyai aplikasi email/sosial media seperti Facebook, Twitter dan lain-lain. Sila ubahkan kekerapan untuk aplikasi itu mendapatan kemaskini terbaru. Dicadangkan korang menetapkan 30 minit atau lebih untuk kekerapan kemaskini tersebut. Cuba bayangkan jika setiap 5 minit telefon korang melakukan kemaskini pada Facebook/Twitter. Memang takkan bertahan punya kuasa bateri tu.
6. Kemaskini
Mungkin telefon pintar korang menerima
kemaskini terbaru atau aplikasi mempunyai versi terkini. Digalakkan
proses kemaskini tersebut dijalankan semasa korang mengecas telefon. Ini
kerana, kadang-kadang proses kemaskini boleh mengganggu prestasi
telefon jika ianya terganggu.
7. Power Saving Mode
Aktifkan sahaja fungsi ini walaupun
kuasa bateri masih banyak. Ini kerana mode tersebut akan menjalankan
satu pemantauan ketat terhadap penggunaan telefon dan masih mengekalkan
prestasi telefon ketahap maksimum.
8. Pengecas Telefon
Pengecas telefon kini mempunyai fungsi
dimana akan akan mengesan apabila telefon mencapai 100% dan berhenti
tanpa merosakkan bateri. Jika pengecas yang korang gunakan rosak dan
tidak boleh digunakan, belilah pengecas yang dikeluarkan oleh pengilang
telefon korang atau dengan kata lain belilah yang original. Jangan beli
kat pasar malam yang menggunakan jenama cap ayam.
Menggunakan pengecas dari plug lebih pantas berbanding daripada mengecas menggunakan kabel USB dari komputer. Menggunakan plug, ianya lebih pantas dan menjimatkan masa.
Menggunakan pengecas dari plug lebih pantas berbanding daripada mengecas menggunakan kabel USB dari komputer. Menggunakan plug, ianya lebih pantas dan menjimatkan masa.
9. Vibrate/Getaran
Mengaktifkan getaran tidak diperlukan kecuali telefon korang didalam mod senyap (Silent).10. Common Sense
Secara umumnya kita tahu berapa lama
bateri boleh bertahan untuk satu-satu hari. Sebagai contoh, korang
keluar pagi, balik tengah malam dan baru nak cas telefon. Adakah logik
bateri korang akan tahan lama bila waktu lunch korang boleh layan
Youtube kat phone? Ataupun mendengar radio atau MP3 semasa kerja? Atau
bermain game semasa tiada kerja untuk dibuat? Mestila takkan. Jadi
korang sendiri tahu bagaimana sebenarnya untuk menjimatkan bateri
telefon korang. 9 cara diatas membantu mengurangkan penggunaan kuasa
bateri, selebihnya pada korang. Bagaimana korang menggunakan telefon
pintar setiap hari.
p/s : Credit kepada abam mrpiratz
No comments:
Post a Comment