Nuffnang

Tuesday 5 February 2013

KAMI-BLOGGER-UTAGHA





Salam semua,
sebab kan aku ni orang utara, so aku join la gang blogger utara ni.tujuan? Hahahaha x lain x bukan, kompom nak cari kawan..ya ka? Wakkakakkaka follower kot!! lntak p la kan, suka ati aku la nak amik kesempatan pun, x salah n dosa pun,  Ini merupakan syarat utama kalo nk join group ni. so sesapa lagi blogger dr utara meh la join k.


Aku dilahirkan ni negeri jelapang padi, nun di sempadan perak. ampa sendiri cari la no katna.



lahir ja kat kedah, pas tu aku di besaqkan di negeri


Tapi la ni aku da dok kedah balik..tu ja la skit tentang diri aku.. nk tau lebih , mai la umah.. Haahhahahah

Monday 4 February 2013

JENIS-JENIS RAM

RAM atau Random Access Memory adalah satu komponen penting didalam sistem komputer dan peranti elektronik. RAM selalunya digunakan pada komputer, tetapi ia juga boleh didapati pada pencetak (printer), telefon bimbit. RAM digolong dalam kategori volatile memory iaitu memerlukan kuasa elektrik untuk menyimpan memori. Jadi dengan itu, pendrive berada di golongan non-volatile yang bermaksud dapat menyimpan data walaupun bekalan elektrik diputuskan. Terdapat pelbagai jenis RAM yang telah dikeluarkan sekarang iaitu SDRAM, DDR SDRAM, DDR2 SDRAM dan DDR3 SDRAM. Kesemua jenis RAM ini berbeza merujuk pada kekerapan data boleh ditulis atau diakses dan oleh sebab itu, makin banyak data boleh ditulis dan diakses ia meningkatkan keupayaan atau prestasi RAM tersebut.



TIPS PENJAGAAN BATERI KOMPUTER RIBA DAN TAB


Bagi pengguna komputer riba atau laptop, penggunaan bateri adalah satu kemestian jika tiada bekalan elektrik. Adakah korang tahu jangka hayat sesebuah bateri bergantung kepada penggunaan harian korang? Untuk memastikan bateri itu boleh digunakan dalam jangka masa yang lama memerlukan korang tahu cara penjagaannya. Dan hari ini aku ingin berkongsi pada korang semua bagaimana cara untuk memanjangkan hayat sesebuat bateri dan prestasi bateri tersebut. Bagi sesiapa yang tidak menjaga bateri laptop mereka, korang perlu tahu berapakah harga sesebuah bateri tersebut di Malaysia dan dimanakah boleh mendapatkannya. Jadi, jom ikut tips yang penjagaan bateri yang boleh korang praktikkan seperti dibawah.
Sebelum terlupa, sebelum ini aku pernah tulis entri tentang cara-cara untuk korang memeriksa prestasi bateri laptop korang. Sebabnya, bateri laptop akan berkurangan apabila kerap digunakan. Jadi untuk mengenal pasti berapa peratus yang tinggal, meh ke entri dibawah.


CARA-CARA MENJIMATKAN BATTERI TELEFON PINTAR



Bagi mereka yang menggunakan telefon pintar, pasti kadang-kadang mengalami masalah yang sama iaitu kuasa bateri cepat berkurangan. Kini, semakin baru/terkini sesebuah telefon pintar tersebut, makin tinggi kapasiti kuasa bateri yang ditawarkan. Ini kerana, saiz skrin telefon pintar hari ini semakin hari semakin besar, jadi ianya memerlukan kuasa bateri yang tinggi. Jadi bagaimana untuk mengekalkan kuasa bateri untuk lebih lama? Dibawah adalah 10 cara yang mampu membantu korang memanjangkan kuasa bateri telefon pintar korang.

TIPS SEBELUM MEMBELI TELEFON PINTAR


Mempunyai sebuah telefon pintar hari ini menjadi hampir keperluan untuk setiap orang. Jadi, ianya tidak hairan jika pihak pengeluar telefon pintar melancarkan pelbagai model peranti telefon pintar yang kadangkala hampir sama dari segi spesifikasi mahupun harga. Walau bagaimanapun, kebanyakkan pembeli sering keliru dengan setiap peranti dan harganya. Jadi dengan itu, aku memutuskan untuk berkongsi beberapa aspek yang perlu diketahui dan panduan untuk mereka yang mahu membeli dan memiliki telefon pintar. Dengan itu, ianya mungkin sedikit membantu korang mendapatkan telefon pintar dengan tawaran yang terbaik.

LAMAN WEB KERAJAAN MALAYSIA KENA DEFACE FEBRUARI 2013

Salam semua,
Awal² pagi ni laman web kerajaan Malaysia dah kena hentam. Hehehe ini semua mungkin ada kena mengena dengan politik..heheh memang ye pun :P
tak perlu ckp banyak, jom kita ramai² saksikan







Atau korang boleh jengok sendiri di sini

Sape punya kerja la ni kan?  takpe yang penting tujuan dan matlamat dorang itu, ada kebenaran nye, walaupun desas desus mengatakan kos PSY di sponsor penuh oleh syarikat mega kat Malaysia ni. wallahualam. tengok la apa kata dorang lepas ni..


10 KESILAPAN KETIKA MEMBELI TELEFON PINTAR ( PERINGATAN PENTING UNTUK PAKEJ KOMUNIKASI BELIA )




Membeli telefon nampak mudah tetapi kalau salah beli, buruk padahnya, apa kata kita cuba dapatkan sedikit tips membeli telefon pintar yang kurang diendahkan pengguna.

1. Keperluan atau kehendak
Beringatlah! Bajet adalah berdasarkan pendapatan dan perbelanjaan. Pendapatan serta perbelanjaan pula berbeza mengikut kemampuan individu, oleh itu bajet anda sepatutnya berasaskan kepada keperluan dan kehendak.
Ada yang bertanya, bagaimana caranya untuk membezakan antara keperluan dan kehendak? Tentunya, banyak keperluan dan kehendak timbul dalam diri anda. Keperluan adalah sesuatu yang perlu ada dan tidak boleh hidup tanpanya. Betul, telefon adalah keperluan tetapi anda perlu beringat-ingat.
Sebagai contoh, telefon bimbit bukanlah keperluan bagi seorang individu kalau diikutkan 20 tahun lepas. Sebaliknya, di dunia moden hari ini, telefon bimbit sudah menjadi keperluan dan bukan lagi suatu kehendak. Namun, apabila anda memilih telefon bimbit yang mahal dengan ciri terkini yang anda sendiri jarang gunakan, anda sebenarnya sudah mengubah daripada keperluan kepada kehendak.



Sunday 3 February 2013

CARA MENGENALI STATUS HANDPHONE ANDA



Cara Mengenali Handphone Ori Atau Tak
Kes penipuan barangan elektronik sekarang nih semakin menjadi-jadi sehinggakan iPhone 4S pon boleh di ciplak oleh China. Di sini, aku nak kongsikan pade korang tips macam mane nak check atau tentukan sama ada handphone korang tu original ataupun cap ayam.

Okay ikut langkah langkah seperti di bawah nih :
1. Taip *#06#
2. Akan keluar IMEI number ( International Mobile Equipment Identity)
3. Semak no IMEI anda, pada kedudukan ke 7 dan 8. Contoh, 358671017470473
4. Kedudukan no 7 dan 8 adalah seperti ******01*******
5. Untuk semak sama ada phone korang ori atau tidak, check kod di bawah.
•02 atau 20 : dari China = LOW QUALITY
•08 atau 80: dari Germany = FAIR QUALITY
•01 atau 10: dari Finland = VERY GOOD
•00 atau 03 oatau 04: dari kilang asal handphone = BEST MOBILE QUALITY
•13 : dari azerbaijan =VERY BAD QUALITY & DANGEROUS FOR HEALTH
Apa lagi jom check hanfon anda, moga-moga original.